Loading...

[ VIRAL ] Cuma 50 hari hidup bersama, isteri tetap sambut ulang tahun perkahwinan

Loading...

Perkahwinan merupakan satu ikatan yang termeterai antara dua jiwa dan sememangnya sangat membahagiakan. Ramai yang mencari tarikh unik untuk menyatukan hubungan kerana ingin terus dikenang hingga ke akhir hayat.
Namun, siapa sangka, jodoh yang diikat pada hari ulang tahun kelahiran bertukar menjadi satu perkara paling menyedihkan seumur hidup.

Ulang tahun perkahwinan sama dengan hari lahir

Menerusi perkongsian daripada seorang wanita di Twitter dengan menggunakan nama akaun Atengsepet, dia telah mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat sang suami yang sudah pun meninggal dunia 3 tahun yang sudah.
Dia telah membuat video gambar-gambar kenangan bersama arwah suaminya yang meninggal dunia ketika sedang bertugas menyelam di dasar laut.
Happy anniversary yg ke 3 tahun sayang! Walaupun kita terpisah jauh antara 2 dunia, rasa cinta aku pada kau masih seperti dulu. Rindu kau abang. Rindu. Dan rindu ni sakit. 3 tahun aku sambut anniversary tanpa kau. Perit sebenarnya. Aku happy orang wish bfday aku, tapi

1,684 people are talking about this

Luahan sedih isteri buat arwah suami

Fatin Nur Affira telah menceritakan sedikit kerinduan terhadap arwah suaminya yang meninggal dunia selepas 50 hari bernikah. Walau bagaimanapun, Ateng tetap mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan buat mereka berdua.

Semoga terus kuat sis

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata kenalannya dan juga warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai atas muat naik itu.
Mereka telah mengucapkan selamat hari lahir kepada Ateng disamping menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian suami tercinta. Mereka turut mendoakan agar allahyarham Kapten Sazali Sakiran ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Takziah Ateng

Buatlah kebaikkan agar pahala mengalir ke arwah

Happy birthday sis

Sumber : Ateng Sepet
Loading...
Loading...

Post a Comment

0 Comments