Loading...

Tanggung sakit setengah tahun, kanak2 terlantar derita dihempap peti sejuk

Loading...

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Perumpamaan itu sering diluahkan apabila melihat seseorang yang ditimpa kesukaran dalam hidup.
Perkara tersebut seakan sama seperti yang dialami oleh sebuah keluarga apabila anak sulungnya telah menderita terlantar sakit selepas peti sejuk yang baru dibeli bapa jatuh terhempap di badan anak kecil berusia 5 tahun.

Terlantar akibat terhempap peti sejuk

Kisah adik Muhammad Fawwaz Adli bin Mohd Bukhari, 5 sememangnya begitu menyentuh hati kerana kondisinya yang terlantar tidak bermaya susulan daripada kecederaan yang dialami.
Menerusi media sosial seorang pengacara televisyen iaitu fedtri Yahaya, dia telah berkongsi keadaan terkini adik Fawwaz selepas melakukan temu bual eksklusif bersama keluarga kanak-kanak tersebut bagi mengetahui perkembangan terkininya.

Sudah beberapa kali lakukan pembedahan

Bapanya, Mohd Bukhari Zainal Anuar  turut menjelaskan di laman Facebook bahawa anak sulungnya itu sudah menjalani empat kali pembedahan susulan terdapat darah beku di kepalanya.

Berniaga air balang sebelum ini

Mohd Bukhari Zainal Anuar yang hanya berniaga air balang tidak dapat bekerja berikutan terpaksa menjaga anak sulungnya itu yang memerlukan pemerhatian khusus.
Walaupun isterinya seorang suri rumah, namun dia tidak mampu untuk menguruskan anak sulungnya seorang diri kerana masih mempunyai anak kecil untuk diberi perhatian.

Sesiapa berkemampuan bolehlah hulur sumbangan

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh Fedtri Yahya, dia turut menyertakan nombor akaun bank bapa kepada adik Fawwaz supaya sesiapa yang bermurah hati bleh menghulurkan sedikit sumbangan buat keluarga itu.
Loading...
Loading...

Post a Comment

0 Comments