keluarga
Makan sekali sehari, anak bergilir pakaian sukan ke sekolah
Loading...
ALOR SETAR: Akibat kesempitan hidup, sebuah keluarga dari Kampung Belukar dekat Telaga Mas di sini, terpaksa mendiami sebuah pondok usang tanpa bekalan elektrik sejak November lalu.
Siti Sumaini Taib, 41, berkata kehidupan keluarganya berubah sepenuhnya selepas dia disahkan mengidap kencing manis kronik pada Oktober lalu, manakala suaminya, Zulhamri Abd Sali, 43, pula diberhentikan kerja.
Katanya, akibat kesempitan hidup, ada kala mereka hanya dapat makan sehari sekali kerana terpaksa bergantung kepada ihsan saudara mara.
“Kedua-dua belah kaki saya luka sehingga terkena jangkitan kuman, kaki kanan saya luka di bahagian betis dan kaki kiri di bahagian buku lali, menyebabkan suami saya kerap mengambil cuti untuk menghantar saya ke hospital.
“Selepas suami diberhentikan kerja, sumber kewangan keluarga terputus menyebabkan kami tidak lagi mampu membayar sewa rumah.
“Kami kemudian mengambil keputusan berpindah dan terpaksa menumpang di pondok bapa saudara suami saya di kampung ini,” katanya yang sebelum ini menetap di Ampang, Selangor.
Lebih menyedihkan, pasangan ini tidak mampu menyediakan kelengkapan pakaian sekolah anak mereka apabila dua anaknya terpaksa berkongsi seluar sukan yang sama.
Ibu kepada empat orang anak ini berkata anak keduanya, Siti Faraziatul, 9, sering bergilir memakai seluar sukan yang sama ataupun dia akan mengalah dengan Muhd Syawal, 13, bagi membolehkan abang sulungnya bersukan di sekolah.
“Suami saya tidak boleh bekerja kerana perlu membawa saya ke hospital setiap hari, dia juga menguruskan anak-anak kerana saya tidak mampu berjalan.
“Suami saya tidak boleh bekerja kerana perlu membawa saya ke hospital setiap hari, dia juga menguruskan anak-anak kerana saya tidak mampu berjalan.
“Sekarang kami hanya menumpang makan atas ihsan ibu saudara yang juga hidup susah dan turut mendiami rumah yang belum siap dan tidak dilengkapi bekalan elektrik,” katanya.
Bagi Zulhamri, setiap hari adalah menjadi rutin dia memandikan isterinya selain mendukung isterinya sebelum dibawa menaiki motosikal untuk rawatan cuci luka di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
“Sebelum ini saya bekerja sebagai buruh binaan di Selangor dengan gaji RM1,500 sebulan, tetapi sekarang saya tiada sumber pendapatan kerana perlu menjaga isteri.
“Saya berharap ada pihak yang sudi membantu keluarga kami demi kelangsungan hidup anak-anak yang perlu ke sekolah,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Loading...
Loading...
Post a Comment
0 Comments