Loading...

“Aku tak segan samakan kalian dengan Kapitalis tiada moral…” – PU Rahmat

Loading...

Isu Sajat berpakaian wanita semasa menunaikan umrah dilihat belum ada sebarang tanda-tanda untuk berhenti. Satu demi satu cerita disebalik perjalanan umrahnya dibuka bagi mendapatkan penjelasan sewajarnya.
Kali ini, PU Rahmat Ikhsan telah membidas dengan lantang berkenaan mutawif serta agensi yang membawa Sajat ke Mekah.

Sebenarnya macam mana ni?

Nampaknya, pendakwah tersebut begitu berang apabila pihak agensi dan mutawif yang sebelum ini pernah memgeluarkan kenyataan bahawa telah meminta Sajat serta rakan-rakannya mengikuti semua peraturan dilihat seakan mengambil enteng perkara tersebut.

Apa kes ni ustaz?

Hal ini berikutan mutawif yang membawa Sajat di Tanah Suci masih duduk semeja bersama usahawan kecantikan itu yang lengkap berhijab seperti wanita.

Haritu kata diluar jangkaan, tapi duduk semeja

PU Rahmat juga telah meminta agar mutawif serta agensi memberikan penjelasan dengan apa yang berlaku kerana mereka memberi alasan bahawa pemakaian Sajat setibanya di Tanah Suci tempoh hari adalah diluar jangkaan mereka.

Sama seperti kapitalis!

Tanpa berselindung, PU Rahmat juga turut memberi amaran kepada pihak agensi tersebut andai terbukti mereka melindungi Sajat hanya kerana bayaran, dia tidak teragak-agak menyamakan mereka seperti kapitalis  yang tiada moral dan agama.

Sehubungan dengan itu, pendakwah muda tersebut berharap agar pihak agensi ataupun mutawif dapat tampil memberikan penjelasan agar seluruh umat Islam tidak berasa tertipu dengan apa yang sedang berlaku.
Sumber : PU Rahmat Ikhsan


Loading...
Loading...

Post a Comment

0 Comments