Loading...

(Video) 'Ibu.. Ibu...' - Anak berjalan seorang diri di tengah jalan, terlepas dari rumah pengasuh

Loading...

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui di berjalan bersendirian dalam kebasahan dek hujan, diselamatkan oleh lelaki yang menemuinya. 

Menurut Harith Rahim, anak kecil itu yang turut membawa botol susunya menggigil kesejukan sambil menyebut "Ibu... Ibu...". 

"Ya Allah, paren please jangan lepa. Baru je jumpa budak comel ini di tengah jalan tadi sambil sebut ibu.. ibu.. Menggigil-gigil dia sebab sejuk hujan.


Berdasarkan maklumat yang diterima Harith, kanak-kanak perempuan itu terlepas dari rumah pengasuh. 

"Budak ini terlepas dari rumah pengasuh! Ya Allah.. amanah orang tu boleh pula kau leka," tulisnya. 

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai apa yang berlaku seterusnya. Ibu bapa mahupun pengasuh dinasihatkan sentiasa mengawasi keberadaan anak-anak. Pastikan pintu rumah atau pagar sentiasa ditutup bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Sumber: Harith Rahim
Loading...
Loading...

Post a Comment

0 Comments