Loading...

'Tak cukuplah Che Ta sorang ke Zain Saidin?...'

Loading...

KUALA LUMPUR: Tergelak Zain Saidin apabila foto dirinya berbaju Melayu serba lengkap pada hari pernikahan kakaknya, Sasha dengan duda anak dua di ibu negara, Isnin lalu, disalah anggap konon mahu ‘pasang dua’.
Suami Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta itu hadir pada majlis akad nikah Sasha, 43, dan Sirhan Wahab, 42, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai jurunikah kepada pasangan itu.
Tindakan Che Ta berkongsi Instagram (IG) Story yang antara lain memaparkan foto Zain berbaju Melayu dengan keterangan ‘majlis pernikahan Zain Saidin’ pantas mengundang spekulasi ramai.
“Saya dan isteri hanya tergelak membaca komen kononnya saya mahu berkahwin lagi. Tak tahu nak komen apa... Takkanlah saya nak nikah lagi.
“Cukup satu isteri dan saya bahagia bersama Che Ta dengan kehidupan kami... Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online.
Ditanya pengalamannya menjadi jurunikah bagi Sasha dan suaminya, Zain mengaku sebak ketika melakukan tugas itu.
“Saya cuma melaksanakan tanggungjawab. Saya anggap diri ini mewakili arwah ayah. Saya dapat rasa, kalau ayah ada, dia akan melakukannya.
“Saya sebak kerana tidak dapat melihat arwah ayah melakukan tanggungjawab itu. Saya bangga dapat melakukannya demi kakak tersayang,” katanya yang ketika ini sibuk menguruskan perniagaan Restoran Mmmbaek di Gombak.
Isnin lalu, selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha selamat diijabkabulkan dengan Sirhan di sebuah premis acara di sini, pada jam 9.28 malam.
Pasangan itu dinikahkan Zain di hadapan ahli keluarga.
Sumber : Berita Harian
Loading...
Loading...

Post a Comment

0 Comments